Sunday, August 12, 2012

Hubungan

Nak tau satu benda tak?

RAYA DAH NAK MAI!!!

Yey! Dapat baju baru, seluar baru, kasut baru, perabot baru, kucing baru, awek baru bla bla bla bla
Keseronokan yang akan tiba setiap kali hari raya

Tapi pernahkah kita terfikir

Fungsi/Agenda sebenar Aidilfitri?

Adakah ia sekadar barangan baru semata-mata?

Aidilfitri/ Hari Raya Puasa adalah untuk menyambut berakhirnya perjuangan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Semasa Aidilfitri, kita hendaklah saling bermaafan dan merapatkan hubungan.

Aku ulang semula...

Untuk menyambut berakhirnya perjuangan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Semasa Aidilfitri, kita hendaklah saling bermaafan dan merapatkan hubungan.

Tak masuk lagi? Okay.


Untuk menyambut berakhirnya perjuangan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Semasa Aidilfitri, kita hendaklah saling bermaafan dan merapatkan hubungan.

Kenapa aku bold kan frasa itu?
Sebab aku rasa mesej tu sudah ditenggelami dengan nikmat-nikmat duniawi seperti barangan dan duit.

Aidilfitri sepatutnya masa untuk kita lupakan sengketa, lupakan pergaduhan, bermaaf-maafan dan merapatkan hubungan.
Tetapi perasan tak?
Time-time Aidilfitri ni la ada gaduh.

Gaduh pasal isu-isu dahulu
Gaduh pasal tanah la
Gaduh pasal duit la
Tu la, Ni la

Bukan itu saja.
Ada juga yang tidak pedulikan hubungan itu terus.
Sekurang-kurangnya bila gaduh, ada la hubungan...hubungan negatif
Tapi ada jugak mamat2 minah2 yang TERUS lupakan hubungan itu.
Cam...hilang...

Tak faham?
Korang tengok drama-drama Melayu cliche kan semasa Hari Raya yang lepas?
Yang cerita mamat/minah ni lupa diri dan tak Raya
Haaa...malangnya, perkara tu tak berlaku dalam fiksyen semata-mata
Ia berlaku juga dalam realiti kita.

Tidak ke rugi?
Hari yang sepatutnya gembira, bertukar menjadi tragis?
Rugi kan?

So, apakah point aku membebel pasal benda2 ni?

Sebenarnya, aku terkilan...
Aku ni macam korang tau, Kaki lepak TwitterJaya yang agak hardcore. (Though aku x se-femes Nazu)
Aku heran tengok budak2 as in budak2 sekolah dan kolej, hilang semangat Aidilfitri ni.
Tweet macam:

"Aku x nak balik kampung, bosan."
"Baju baru. Tu je fungsi hari raya"
"Aku x nak celebrate Raya ar...cam hambar"
"Buat apa balik Raya? Asyik gaduh ngan sepupu je."

Okay, mungkin tu agak hiperbola tapi aku perasan kekurangan semangat Aidilfitri disitu.
So, aku menulis blogpost ni dengan satu tujuan...

Enjoy la Hari Raya korang
Merapatkan hubungan 
Jalin semula yang jarang
Baiki semula yang rosak
Kukuhkan yang sedia ada
Tak salah nak shopping sakan
Cuma, ingat semula tujuan utama perayaan ini
Kita masih muda
Bergembiralah anda
Mana tau, Hari Raya ini ialah Hari Raya terakhir anda?
Tidakkah anda akan menyesal?






Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...