Thursday, November 8, 2012

Pilihan oh Pilihan.

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi pengalaman dan iktibar untuk anda semua yang sedang menjalani program pra-universiti untuk ke luar negara. (bukannya nak mengetepikan pelajar dalam negara, tetapi saya memang tak tahu apa-apa pasal universiti dalam negara, harap maklum)

Okay, bagi mereka yang sedang menjalani program pra-universiti seperti IB, A-Levels, ADFP dan sebagai, anda semua berkemungkinan besar akan memasuki universiti pada tahun hadapan atau tahun berikutnya. Sekiranya anda akan memasuki universiti pada tahun hadapan, anda sudahpun perlu membuat permohonan universiti SEKARANG. Ya, SEKARANG.

Namun, sekiranya anda akan memasuki universiti pada tahun 2014, jangan risau, anda masih mempunyai masa yang lama untuk membuat pilihan. Masih ada masa untuk anda meneliti pilihan universiti yang ada, melihat kebaikan dan keburukan setiap universiti yang ada dan sebagainya.

Sedikit iktibar dalam proses memilih universiti yang ingin dipohon:

1. Jangan lihat pada status universiti, tapi lihat pada status bidang di universiti tersebut.

Ya, mungkin tampak gempak sekiranya anda dapat mengatakan bahawa anda pelajar di University of Oxford ataupun graduan daripada Harvard University. Tapi sekiranya university anda itu tidak mempunyai ranking yang tinggi untuk bidang yang anda ceburi, tidak ada gunanya. Carilah universiti yang mempunyai prestasi tinggi dalam bidang yang anda ceburi, barulah berbaloi anda masuk universiti tersebut.

Contohnya: Tak ke bangang namanya kalau anda nak ambil bidang Perubatan (Medicine) tapi anda memasuki London School of Economics semata-mata kerana LSE ni boleh dikatakan agak femes di UK?

Fikir-fikirkanlah.

2. Lihat kawasan persekitaran dan lokasi kampus dan kolej universiti anda.

Fahami diri anda sendiri. Anda ni orang yang jenis apa? Sukakan kawasan bandar ataupun hidup di luar bandar? Anda sukakan kawasan tepi pantai ataupun berbukit? Lihat juga persekitaran dan neighborhood di kampus tempat tinggal anda. Senangkah nak cari daging dan makanan halal? Ada komuniti Islam berdekatan tak? Kalau tak ada, susah juga nanti nak survive.

[ untuk maklumat lanjut, sila layari www.zabihah.com untuk mencari lokasi restaurant halal yang terdekat dengan universiti pilihan anda. ]

3. Kos sara hidup di universiti anda.

Fikir-fikirkanlah, kita bukannya di Malaysia, tapi di negara orang. Mata wang juga tidak menggunakan mata wang MYR lagi. Kos sara hidup semestinya berubah, malah kebiasaannya lagi tinggi, apatah lagi jika kita pergi ke negara empat musim. Musim sejuk dengan segala kot tebalnya lagi, menelan duit.

Lagi-lagi kalau pergi ke universiti di tengah bandar, lagi banyak wang yang dikeluarkan. Lihat juga penempatannya. Kalau tinggal bersama kawan, sewa apartmen ataupun rumah, tengok kos bulanan berapa, sekali dengan elektrik semua. Tanya senior Malaysia di universiti tersebut, mana tahu mereka boleh tolong.

4. Kualiti pendidikan di universiti tersebut.

Tengok kualiti pendidikan dan penyelidikan (research) yang dilakukan di universiti anda. Ada peluang tak untuk anda sebagai seorang freshman (pelajar tahun satu) untuk mengikuti research program yang diadakan? Tengok rating dari para pelajar universiti tersebut, bagus ataupun tidak.

Terdapat banyak sumber dalam internet tu, gunakanlah sepenuhnya. Buatlah kajian yang terperinci. Jangan pilih universiti hanya pada dasar nama universiti tersebut. Pilih yang terbaik untuk bidang anda. Dapatkan pendapat kaunselor anda, juga ibu bapa dan pensyarah anda.

InsyaAllah, moga segala berjalan lancar. Kongsilah bersama kami kalau anda sudahpun mula memohon, manalah tahu, tiba-tiba ada yang memohon tempat yang sama. :3




Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...