Thursday, November 8, 2012

Tanggungjawab Generasi

Untuk post kali ini, Nazran akan cuba menulis dalam dwibahasa kerana kepakaran Bahasa Melayu beliau telah menjunam dengan teruk sekali kerana sering membaca status-status/kicauan-kicauan (tweet) rempitwz di lawan sesawang sosial.

Assalamualaikum semua!
Hello everybody!
Salam 1Malaysia!
Salam 1Obama! (yey dia menang)

Topik post kali ini ialah:

TANGGUNGJAWAB GENERASI



Reaksi-reaksi anda mungkin akan menjadi seperti 'pergh, gila heavy/deep sia topik ni' ataupun 'ala, bukan topik kahwin/kapel, *tekan butang 'x' warna merah'. Tapi aku rasakan bahawa topik ini perlu dibincangkan/diseru kerana ia akan membawa kepada implikasi yang besar, samada positif atau negatif kepada perkembangan negara kita.

Seperti anda semua sudah tahu, (tipulah kalau tak tahu) pelajar-pelajar tingkatan 5 2012 sedang menduduki peperiksaan SPM mereka. Pada masa penulis sedang berkarya post ini, pelajar-pelajar tersebut sedang menduduki peperiksaan Maths. Dan tidak lama lagi, mereka akan mengakhiri zaman persekolahan mereka dengan tamatkan SPM.

Lepas itu, apa jadi?

Jawapannya: Entah

Benar, kebanyakkan pelajar lepasan SPM tidak tahu dimana arah tuju mereka kerana selama ini, matlamat hidup mereka untuk 5 tahun di alam persekolahan ialah 'Belajar, Exam, Lulus' Tapi dengan tamatnya SPM, matlamat mereka sudah tercapai dan sekaligus melenyapkan 'drive' yang bertanggungjawab untuk membuatkan mereka bangun di pagi hari.

Masyarakat boleh disalahkan untuk fenomena 'Burn Out' ini. SPM seringkali dipandang penting dalam mata masyarakat. Penulis tidak menyangkal kebenaran itu tetapi tidakkah anda terfikir SPM itu dipandang terlalu tinggi? 

SPM ialah kehidupan! SPM ialah muktamad! SPM ialah segala-galanya! Mati untuk SPM! Hidup untuk SPM!

Disebabkan itulah, kebanyakan pelajar telah di 'brain wash' (Tak kan la nak letak 'cuci otak') untuk menetapkan SPM sebagai matlamat hidup mati mereka.

Untuk kita yang sudah digelar 'Pelajar Lepasan SPM 2011', adakah ini benar? Adakah dengan tamatnya SPM hampir setahun lepas, kita sudah tercapai matlamat hidup muktamad kita?

TIDAK SAMA SEKALI

Hidup masih diteruskan. Dan saya pasti anda semua pun merasakan SPM bukan segala-galanya. Semua markah-markah peperiksaan kita sekarang hanya sekadar memori untuk memenuhi keperluan nostalgia kita. Apa yang penting adalah 'ilmu-ilmu hidup' yang kita pelajari, seperti speed reading, social skills dan memasak (heh). Sijil-sijil kokurikulum pun tidak digunakan tetapi yang digunakan ialah 'ilmu-ilmu hidup' yang kita pelajari daripadanya.

TETAPI

Junior-junior kita masih hidup dalam keadaan dimana SPM adalah segala-galanya. Skill-skill penting yang lain tidak dihiraukan. Memori yang kuat disanjung lebih tinggi daripada keupayaan untuk berfikir secara kritis/kreatif. Sistem zaman ini yang terlalu menekankan peperiksaan akan melahirkan mesin-mesin fotostat yang mekanikal. Oleh sebab itu, seperti kita, MEREKA AKAN SENGSARA.



Jap Nazran, sengsara?

Ya, sengsara.
Cuba ingat balik waktu-waktu pasca SPM kita. Semestinya anda pernah terasa terseksa atau stress disebabkan 'shock' oleh mekanisme dunia sebenar yang (hampir) tidak menggunakan ilmu-ilmu di dalam buku SPM kita. 

Pernahkah anda terpikir, kalaulah ada orang bagi tahu aku pasal 'shock' ini, mesti waktu sekolah dulu aku boleh 'prepare' dan seterusnya menjadi seseorang yang lebih berjaya.

Tetapi realitinya, TIADA SIAPA BERITAHU KITA

Sekarang junior-junior kita dalam perjalanan ke arah lembah kesengsaraan yang kita pernah hadapi dulu. Dan mereka, seperti kita akan sengsara. Keliru, terkedu, terkesima, stress, tertekan dan segala sinonimnya yang terkandung dalam Kamus Dewan Bahasa edisi ke-6.

Dan proses ini akan berulang tahun demi tahun dalam 'Circle of Ignorance'

Maka,
Saya menyeru semua batch 94's (dan ke atas) untuk hentikan 'Circle of Ignorance' ini. Cukuplah dengan attitude 'Ala, aku sengsara, biarlah junior aku sengsara.' kerana dalam jangka masa panjang, attitude/sikap ini akan mendatangkan masalah juga kepada kita.

Bagaimana?
Agak simple sebenarnya.
Junior-junior kita masih dalam lingkungan generasi kita.
Jikalau mereka tidak berkembang (develop) dengan baik, maka dalam 20 tahun akan datang semasa generasi kita akan menjadi peneraju ekonomi negara (kerana pada masa itu ialah puncak zaman produktif kita) pelbagai masalah yang timbul.

Contohnya, anda ada anak. Anak anda sakit. Maka, anda hantar ke hospital. Apabila di diagnosis kan, penyakit anak anda tidak boleh dikenali. Tetapi, disebabkan doktor anda yang umur sebaya dilahirkan dalam zaman 'ikut buku' dia hanya memberi ubat tahan sakit kepada anak anda and menyuruhnya untuk rehat. Seminggu selepas itu, keadaan anak anda menjadi semakin teruk. Endingnya? Anda fikirlah sendiri.

Walaupun keadaan mungkin tidak menjadi se-kronik itu, tetapi dengan situasi sekarang, paling baik yang boleh dilakukan oleh generasi kita adalah untuk mengekalkan keadaan ini. 

"Eh, bagus la tu."

Comparatively dalam negara, ye, bagus la tu.
Tetapi, manusia di negara lain tidak kekal situasi mereka. Mereka berkembang. Mereka belajar daripada kesilapan sejarah silam. Mereka bergerak ke hadapan dengan optimistik bukan duduk di suatu tempat dengan sikap skeptical.

Maka,
TOLONGLAH JUNIOR-JUNIOR ANDA
BIMBINGLAH MEREKA UNTUK KEBAIKKAN GENERASI KITA





Share |

0 Terbunuh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...