Tuesday, May 29, 2012

KML Orientation Week

Assalamualaikum and hello guys.

Dalam entri ni, aku nak share serba sedikit pengalaman aku semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru MPPB Kolej Matrikulasi Labuan, Labuan. Mesti ramai dah yang lalui minggu orientasi kat U kan ! Harap maaf jika entri ni agak panjang dan membosankan.

"Matrikulasi je kau pergi? Low standard betullah. Pergi ah U terus. Mesti kau tak dapat UPU ni kan?"

Masih terngiang-ngiang di telinga aku ayat ni yang dilafazkan oleh seorang hamba Allah yang lebih baik dirahsiakan identiti beliau. Bukan semua bernasib baik dapat panggilan ke universiti. Mungkin kau bukan ditakdirkan Nya untuk melangkah terus ke universiti sesudah tamat SPM, mungkin sebelum tu kau perlu ke tingkatan 6 atau yang sewaktu dengannya. Jadi belajarlah untuk bersyukur dengan rezeki yang telah diperoleh. Okey back to the main point

20 Mei 2012 


Aku berangkat ke Terminal Feri dan Pelabuhan Menumbok, Sabah. Aku ditemani mak ayah dan adik aku pergi ke Labuan. Only my big brother yang tak ikut sekali ke Labuan, just dia ikut hantar sampai terminal feri. Masa tu lah, perasaan sebak tiba-tiba muncul bila big brother aku bagi nasihat kat aku untuk belajar betul-betul. Sekitar 10pagi, aku pun mula tidak berpijak di bumi yang nyata, haha; dah masuk kat dalam feri. First time and superb excited naik kenderaan air ni. haha. Sejam kemudian, aku pun sampai kat Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Sampai-sampai je kat sana, we were welcomed by the Labuan Matriculation College stuff. Then kami pergi check in hotel, sebelum mendaftar kat KML. Kira-kira jam 2petang dengan penuh semangatnya, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di KML


Habis semua urusan, masuk bilik, kenal-kenal dengan roomate, mak ayah dengan adik aku pun tinggalkan aku terus kat KML. fuhhhhhhhhh, dengan ringgit Malaysia yang agak banyak dalam tangan, hanya Tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. Then aku jumpa dengan ex-schoolmates aku. Nasib ramai jugak yang member-member kat sana, tak jugak aku forever alone. haha. 

21 - 25 Mei

Proses pendaftaran pelajar baru masih berlangsung. Sebelah malam bermulalah episod ngeri di sebalik keindahan Kolej Matrikulasi Labuan. Masa tulah senior-senior program dua tahun yang kau jumpa buat pertama kalinya dengan senyuman lebar lagi peramah mula menunjukkan keganasan. haha. perkataan yang paling banyak disebut sepanjang MPPB tu "COMPRESS"

"Pelajar lelaki, COMPRESS lagi ke depan." 
"Pelajar lelaki, COMPRESS lagi ke kanan."
"COMPRESS COMPRESS COMPRESS"

Naik jenuh aku dengar perkataan COMPRESS ni. disebabkan tahun ni, bilangan pelajar yang mendaftar seramai 2761 orang, dewan besar kat KML penuh dan hanya tinggal ruangan-ruangan kecil sahaja. Pada malam 21 Mei tu jugalah, kami dapat denda pertama kami, gigit kad matriks. Bunyi macam senangkan. Kemudian, sambil mencangkung. Ditambah lagi dengan perintah naikkan kaki sedikit semasa mencangkung. fuhhhhhhhhhhhh. memang kawkaw balik bilik malam tu. Disebabkan diorang mengamalkan konsep, "One for all, all for one" bila seorang buat salah semua kena. Most of the time kena denda, kami tengah pakai baju formal, baju lengan panjang, seluar slack gelap, kasut kulit untuk lelaki. Di situlah keluar segala bakat terpendam untuk push up. Istimewa sikit, push up pakai baju formal. Habis calar balar kasut kulit yang baru dipakai sehari. Bagi aku sendiri, perkara ni semua, taklah teruk sangat, aku tak bagitahu pun kat parents aku tentang torture ni semua. Tapi ada juga keluar sedikit keluhan, sebab fasilitator yang terdiri dari pelajar program dua tahun dan para alumni KML ni pandai sangat cari kekurangan dan kesalahan kami. Kesalahan kecil boleh jadi besar. Lebih-lebih lagi bila ada pelajar yang taknak ikut perintah. Kebanyakan budak MRSM or SBP sebab diorang ramai tak macam budak sekolah harian biasa macam aku ni sekerat dua je member kat sana.. Walaupun setiap hari balik bilik jam 11.30 malam dan bangun jam 2.30 pagi,  alhamdulillah aku dapat bertahan sepanjang lima hari MPPB

Nak tahu apa yang aku dapat kat sana?
-Kawan baru
-Sunburn
-Jerawat naik
-Coklat murah sebab Labuan pelabuhan free duty
-Berat kurang 5kilo sebab boleh sampai 2hari takdapat makan

Haha. Right now, Im home dan tengah relax nak sambut Pesta Kaamatan. Lol. and sekarang mesti dah start MPPB kat Matrikulasi kat Semenanjung Malaysia. next 4th June will be the first class and I couldnt wait. Hoho. Kbye.





Share |

Monday, May 28, 2012

Nostalgia #10 - Tales of Fatalblood

Daripada Ivan Futaru Braginski

Assalamualaikum w.b.t.
Terlebih dahulu minta maaf la guna bahasa pasar+manglish sbb BM aku nih bukan nya terer sgt . Hmm nostalgia ~ byk jgk nk cover nih sbb maklumlah 5 tahun tu agak lama. Ok let’s begin!!

Waktu form 1 dulu aku asal2 nya skolah SAMTTAJ. Kira2 nya bdk SAMTTAJ la tp cuma seminggu je sbb lepas tu aku kuar gi SMK Subang Utama. Biasa la anak manja kan , nk balik umah. Hajatnya nak ulang alik ke Samttaj tp jauh sgt so ayah suruh gi skolah dekat umah je. Mula2 masuk SMK SU tu , aku bagaikan ‘’rusa masuk kampung’’, first time masuk skolah kebangsaan. Aku dulu bdk skolah agama so biler masuk skolah keb nih cam kena culture shock. Kat situ lah aku bertemu ngan partner in crime, Hidayah a.k.a Hidan. First year kira2 aku nih budak baik, innocent gitu. Seperti pompuan lain feminine, minat pink (ughh kalo igtkan balik , gross lak HAHAH)

Macam remaja2 lain, mula2 melangkah alam remaja nih nk mencari identity baru. Masuk form 2, aku ngan partner aku Hidan terus berubah jadi tomboy(hmm nk kata tomboy pun bkn, tp lebih kurang la). Mana2 pergi mesti berdua cam twin, kawan pun x ramai mostly bdk2 laki. Kte org siap reka group nama G.O.D (Girls of Destruction). Jgn Tanya kenapa, waktu tu minat benda2 shonen.

Terigt satu kisah ni yg berlaku waktu PJ. Waktu tu aku tgh main gelongsor (bkn gelongsor mainan, gelongsor tanah jer)kat bukit skolah, tetiba aku terpegang something slimy. Rupa2 nya katak mati. Aku pun kasi tau la Hidan, pastu dia gi amik katak tu campak kat Chong Chow(saja2 nk kaco bdk tu, kesian dia~). Haha nakal btul kte org. Bagi kawan2 yg kenal aku lepas form 3, mesti terkejut kalo korang tgok perangai aku waktu form 2 tu. Langsung x sopan santun (kat skolah je, guru ,kte org still respect) n x feminine. (Smpi skrg pun aku still x feminine , dh menjadi identity aku). Even though kte org nakal, we still abide the religion rules(solat,aurat still jaga LOLZ) so jangan salah faham lak as in kte org bdk bermasalah. Just being a mischievous teenagers ^_^

Ugly Betty using seringgit
Comic Fiesta 2008

PMR YEAR 2009!!! Tahun aku berubah menjadi lebih baik. T.T aku n Hidan dpt kelas berlainan. Sedih giler waktu tuh, actually x de la sedih sgt. Cuma rasa bosan kat kelas baru. Aku nih bkn nya pandai berkawan sgt. Kat kelas aku tu Cuma ada 3 org pompuan melayu(termasuk aku). Sorang dh ada geng sendiri, sorang busy ngan prefect stuff so basically aku Mr. Lonely. Everytime rehat mesti gi kelas Hidan lepak ngan dia n Nadiah. Hmm dlm kelas 3Pi tu aku ada kawan ngan dua tiga org je. Sorang mamat laki slalu discuss pasal manga2 Naruto , guitar smua tuh. Sorang lagi mamat cina ckp pasal benda2 berinfo n harian stuff. Hmm x de apa2 yg menarik sgt tahun nih so aku fast forward je la. Alhamdulillah dpt keputusan cemerlang PMR. Hmm dpt hadiah duit drpd parents so aku pun beli la first electric guitar aku.

My beloved baby XD

Koleksi komik, figurine & poster. OTAKU SEJATI

Hehe, walaupun aku sayang guitar aku, aku jarang main so kira nyer NOOB la smpi skrg. Stakat power chord ngan basic chord tu reti la.

Form 4, Honey moon year… Smua member2(oh, lupa nk mention aku wat kawan ngan geng mai waktu akhir2 thn dkt exam) masuk science stream kecuali aku dan ammelea. Thn tu boleh dikatakan tahun KPOP. Haha, kejap je pun aku minat kpop, skrg dh x minat dah. Bagi sapa2 yg rajin tgok anime korang mesti kenal Hetalia . Waktu tu pun kemaruk Hetalia gak. Presenting Hetalia ‘’hero’’ pose:


Form 5 walaupun SPM, aku still kuat main lagi. Maklumlah zaman skolah men. hanya datang skali je so kena enjoy habis2. (Warning:Please don’t imitate your lazy senior such as me). Tahun tu x de benda2 yg menarik sgt Cuma aku jarang lepak dh ngan geng2 mai n Hidan. Mostly kte org just rehat sama2 then balik kelas masing. Hmm kenangan manis probably kelas cikgu Ekonomi kot. Aku giler respect cikgu EA aku nih sbb cara dia mengajar mmg mantap. Mudah paham n boleh apply dlm real life.Cikgu nih giler strict n dlm kelas dia x leh tido,letak kepala atas meja n kena bwk alat tulis sendiri.Pinjam2 NOT ALLOWED. ‘’Cikgu , maaf sebab saya x dpt penuhkan harapan cikgu’’, waktu aku dpt result hari tuh.Sedih gak rasa tp dh syukur Alhamdulillah sbb kalo kira2kan result aku pun quite ok . Aku rasa aku tulis super duper panjang nih, bukan nyer interesting sgt pun. Sebelum aku mengundur diri aku mintak maaf banyak2 kalo ada tersalah tulis dlm nih. Yang baik datang daripada Allah yang lemah tu datangnya daripada diri saya sendiri.

Salam.
P/s: Aku nih suka berkenalan ngan org so kalo korang nk kenal2 blh la add aku kat FB. Nak cakap pasal anime ke, tulis surat ke (penpal merupakan salah satu hobby aku), apa2 je la asalkan benda elok. FatalBlood_94@yahoo.com

Tales of FatalBlood merupakan parody of Tales series by BandaiNamco game. Haha aku pun main game gak.
Friendship is something beautiful~Enjoy your youth while you still can!!





Share |

Thursday, May 24, 2012

Persiapan Ke Kolej & Universiti

as-Salaamu'alaikum w.b.t dan selamat pagi buat semua pembaca di 1994s ni. Semoga semua readers sihat-sihat belaka. Entri ni aku tulis khas untuk pelajar yang sedang bersiap-siap untuk bergerak ke kolej atau universiti sama ada utk Matrikulasi, Asasi atau yang buat IB atau A-Level ke, insya Allah membantu.

Erm, ada beberapa perkara yang biasa kita tertinggal bila nak ke kolej (haha, aku budak asrama dulu, so tahu la sedikit sebanyak barang apa yang penting pada pandangan aku). Contohnya ?


Beg kecik tambahan. Bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Ya, beg pakaian yang besar untuk kita bawak segala keperluan pakaian itu memang pasti lah kena bawak, tapi beg pakaian yang kecik. Aku beli beg ni di MyDin Mall harga dia sekitar RM7. Gunanya nanti, kalau ada event out of college sehari atau dua, boleh pakai beg kecik ni untuk simpan pakaian. Takkan nak bawak beg besar pulak kot. Kan kan?

Jadi, sila siap-sedia satu unit. Tidak rugi kalau ada.


Kalau nak study malam-malam dalam bilik/dorm sekitar pukul 2-3 pagi tuh, masalah sikit lah kalau pakai lampu siling tuh. Kan tak pasal-pasal muka lebam-lebam kena terajang dengan kawan sebilik. Sebagai persediaan, beli siap-siap desk lamp. Aku beli desk lamp, harga dia hampir kepada RM30. 

Pilih dengan betul-betul. Sila check jenis mentol apakah yang digunakan, dan pastikan mentol itu senang nak cari kalau-kalau terbakar. 


Yang ni memang perlu. Extension wire wajar bawak sekali. Aku pilih yang ada 3 socket, ada surge protection. Jenama dia : Berlin. Harga dia sekitar RM20 kalau 3 socket, dan naiklah sikit kalau ada 5 socket. Senang sikit kalau nak caj bateri handset, laptop, desklamp dan ape-ape je lah. 

Tak susahkan member. Kalau boleh, beli yang jenis surge protection. Agak-agak kalau ada kilat guruh semua, electrical appliance tidak terjejas sangat. Tapi ingat, extension wire yang ada surge protection ni kadang-kadang harga dia mahal sikit dari yang biasa, tapi berbaloi r.


Yang ni memang sangatlah penting, sila bawak sekali tafsir atau al-Quran. Kita tak pasti tempat kediaman kita itu 100% selamat daripada ....... (ah, tahu-tahulah apa maksudnya tuh). Hari-hari kalau boleh, sila pastikan diri sendiri tiu baca al-Quran secukupnya. Kalau tak baca al-Quran sekali sehari, sepatutnya kita kena rasa hidup tak tenang sebab kita dah tinggalkan the most important manual in human's daily life. 

Kalau yang ada smartphone itu, boleh je install apps kat dalam smartphone masing-masing. Teknologi kan ada.. HaHaHa.

Lain-lain perkara yang dirasakan perlu ialah, kamus. Ya, kamus itu penting. Bagi aku, tidak perlu aku bawa kamus yang tebal itu sebab aku sudah install perisian kamus di dalam laptop ni (aku pakai Artha Wordnet, hanya untuk Linux OS sahaja). Anda boleh cari perisian seperti Oxford Concise Dictionary. Kalau ada internet lagi bagus.

Sebab ...?

Sebab anda gunakan je kamus internet seperti Google Dictionary, Reference.com Dictionary. Cambridge Dictionary, MacMillan Dictionary dan macam-macam lah. (sekali lagi) Teknologi kan ada. HaHaHa.

Jangan lupa akan kalkulator dan buku rujukan addmaths tahun lepas (SPM). Dengar-dengar, buku rujukan addmaths nanti akan jadi teman yang berguna untuk study calculus. 

Sekian sahaja, moga-moga entri ini membantu. 

Thank you as always, from Aizan Fahri of NightlyArt.





Share |

Nostalgia #9 - Pindah, pindah pindah!




Persekolahan. zaman baru nak bangun. zaman tatkala hidung masih lagi ada bekas bekas hingus bertempek. zaman tu baru nak belajar merangkak, bertatih dan berlari dalam hidup. 

tipu la kalau aku kata aku tak rindu. walaupun kalau dapat peluang nak ulang balek, mungkin aku akan menolak. yeahh i miss those big times. tapi aku lagi prefer it all happens once in a life-time. if great things happens twice in my life, i wouldn't say it great anymore :') 

dan zaman sekolah ni la yang banyak ajar aku tentang hidup.

aku seorang yang penyegan dengan orang yang aku tak kenal. dalam erti kata lain, aku tak mesra alam.*sigh*

being the tak-mesra-alam person that migrates a lot, it makes me double penyegan. hmmm, aku ada 2 tadika, 3 sekolah rendah, dan 3 sekolah menengah. erti kata laen, hidup paleolitik! k abaikan -.-










pindah. 
pindah.
dan pindah.

for certain people, mesti bunyi pindah memindah tu amat menarik. tapi bagi aku tak. aku tak suka pindah. aku sangat sangat sangat tak suka pindah. sampai kadang kadang aku harap yang kerja ayah aku bukan jenis yang pindah pindah. setiap kali pindah, aku kena cari kawan baru. kawan yang dapat terima siapa aku, yang tak datang dekat sebab nak ambil kesempatan, kawan yang boleh jadi kawan. bila kena pindah, aku rasa geram, sebab aku baru dapat adapt dengan surrounding aku. bila fikir aku dah susah payah nak dapat kawan baru, aku rasa sangat sangat geram.

macam nak tutup telinga pakai bantal, ke chewing gum ke *ala ala mr bean* supaya tak dengar perkataan nak pindah dari ayah aku. nak terjun bangunan pun......k tak sampai tahap nak langgar agama.

aku tak sedar. Allah nak bagi sesuatu yang hebat untuk aku. Dia ambil balek kawan kawan yang awesome yang Dia bagi pinjam sekejap kat aku, lepas tu, Dia bagi aku pinjam pulak kawan kawan yang super awesome! aku tak sedar part tu dulu. Forgive me Allah :'( sungguh aku tak bijak nak memahami apa yang Kau aturkan.



dan sekarang, aku terharu gilaa bila kawan kawan aku ingat lagi pasal aku. weh siapa tak terharu weh kalau kawan sekolah rendah kau yang kau tinggalkan time darjah 3 tiba tiba hantar kad raya, birthday card bagai dengan kau? kalau tak terharu tu fail emosi namanya. bila diorang beria ria cari facebook aku, padahal aku effort nak jumpa balik pun tarak..k tu tipu. aku ada jugak search nama diorang. tapi tak jumpa *facepalm* bila kawan aku beria ria nak buat aku tersenyum bila aku tak happy. paling aku tak sangka, masa darjah 6 dulu. time tu birthday aku time puasa. aku tak sangka diorang sanggup buat surprise party time berbuka puasa tu. woiii aku terharuu gilaaa woi! time senior year dekat stj tu pun diorang tak abes abes bagi surprise kat aku. terima kasih gilaaa weh :') thanks for make me feel appreciated. aku sayang gilaa ngan korang! may all of us be friend till jannah.





dan sekarang aku rasa perpindahan itu awesome! 



nak sambung belajar nanti semua bawa hala tu masing masing, and i'll be studying in a new place yang sorang member pun takde. do bless me Ya Rabb. do bless my friends too :') All of them, termasuklah kawan kawan alam maya yang aku baru kenal ni macam atenaidil, and jannah :) seronok kenal korang!





yang ni gambar gedik -.-


ni jelah yang dapat aku coretkan. thanks 1994's :)
sorry bahasa kemain bersepah.
title pun aku hentam je.
aku selalu tido dalam kelas bm serta bi -.- ye, aku menyesal tido.
muehehe pendek je entry aku (Y)





aku tulis ni bukan nak cakap "aku ade ramai kawan. envy me! envy me!"
tapi aku nak cakap dekat diri aku, something awesome is waiting ahead.
new experiences, new friends, and insyaaAllah a better me :)

by me, baashah
Assalamualaikum :)









Share |

Tuesday, May 22, 2012

Nostalgia #8 : Pentas Akhir Pilih Kasih



Oleh, Fadily

Bismillah pembuka bicara. Apa khabar korang semua? Paly tau mesti korang ternanti2kan post ni, kan? Hehe~ Kali nie Paly nak cite pasal perkara yang Paly minat sekali lagi berbakat! Korang mesti dah tau, kan? Ya! Lakon. Atau lebih spesifikasi lagi pasal Pilih Kasih. Untuk pengetahuan korang, Paly dapat hot seat ketika Pentas Final Pilih Kasih Musim ketiga nie. Tempat dia di Kompleks Penyiaran RTM Tunku Muhamad, Senawang, Nogori Sombilan. Hahaha!

Hmm~ rasanya ramai yang dah tengok Pentas Final Pilih Kasih, kan? OK! Paly nak cite dari awal. Mungkin post nie akan lebih panjang atau yang terpanjang sekali daripada post2 yang sebelum nie. Post2 yang sebelum nie pon dah panjang2, tambah lak post yang nie. Haha! Dah jadi lumrah Paly nak tulis panjang2~ Banyak bende nak dicerita. Idea keluar mencurah2! Haha! Tak de la sampai tahap munsyi tu~ Hah! Tengok baru intro, dah berjelar2~ Haha! XD

Kita bermula daripada Paly dapat call dari pihak TM. Petang hari Rabu, dalam pukul 3 ptg, Paly dapat call daripada pihak TM lepas Paly hantar sepupu Paly pegi SRAR. Perempuan Cina a.k.a Amoi yang call tu. Haha! Perbualan kami lebih kurang macam nie:-
Amoi : You Mohammad Fadily bin Zakaria ke?

Paly : Ha’ah, ada apa?

Amoi : You ada masuk itu peraduan di EveryoneConnects.net, kan? Tahniah kerana you dapat tempat duduk VVIP time Pentas Akhir Pilih Kasih Musim ketiga!
Paly : Hah?! Really??
Amoi : Yup! Tahniah skali lagi. Btw, you boleh ajak sorang lagi untuk join you nanti. Just sekarang nie saya nak dapatkan confirmation dari you. You nak datang ke tak?
Paly : Erm~ Saya tak tau lagi. Boleh saya beritahu esok?
Amoi : Hmm~ OK la kalau macam tu. Esok I call you dalam pukul 10. For you information, kami ada sediakan transport dari KL at Menara TM hari Ahad pukul 5 petang.
Paly : OK! Thanks~ Hehe~
Amoi : Congratulation again. Bye!
 Esoknya, lepas Paly tanya mak ngan ayah Paly, ternyata Paly dapat green light! Hehe~ Apa lagi! Sronok giler la hati nie. First thought, Paly ingat dapat bergambar ngan idola Paly dalam bidang lakonan nie, Rosyam Nor! Haha! Mesti best, kan? Hehe~ Kalau dapat, Rosyam Nor jadi artis kedua yang aku jumpa live lepas Bob Lokman. Hehe~

Paly ingat nak ajak mak Paly pegi tengok, tapi sebab esok harinya sekolah, tak boleh la~ Then, Paly teringat Bali yang tinggal kat KL. Apa lagi, boleh la tumpang rumah dia sekali, alang2~ Haha! Lepas Paly tanya dia, OK! Another green light! Alhamdulillah. Setakat nie berjalan lancar.Tiket bas ke KL dah dibeli pada hari esoknya, hari Khamis.

So, hari Sabtu pagi Paly mula bermusafir. Secara kebetulan, Paly terserempak dengan Kak Wani Sabri. Dia naik bas sekali nan Paly. Kak Wani nie sekolah sekali ngan Paly time Paly Form 4 and dia Form 5. Kata Kak Wani, dia nak balik maktab. So, tempoh perjalanan dari Gerik ke KL selama 4 jam. Pukul 1 petang baru sampai kat Jalan Duta.

Putra Transport
Lepas solat, baru call Bali. Tak beberapa lama lepas tu, Bali ngan parents dia sampai. Agak lambat sikit tapi tak pe. Tak kesah pun~ Hehe~ Bali ada ajak Paly pegi Suria KLCC. Ok, Paly on je~ Nak jugak merasa jadi ‘pelancong’ kat KL nie. Haha! Lepas Paly letak barang kat rumah Bali, Paly ngan Bali terus berangkat ke station Putra untuk ke KLCC. Pergh! Memang menarik tengok Putra tu. Kena beli token dulu kalau nak kemana2. Tapi, boleh jugak pakai kad ‘Touch n Go’. Best!

Kendian, dah sampai Suria KLCC, kami bercadang nak tengok wayang. So, atas kata sepakat, kami tengok cerita Titanic 3D. Movie nie start pukul 6.05 petang. So, ada masa dalam 1 jam lebih sementara nak tunggu time movie tu. Pastu, kami berjalan2 kat dalam Suria KLCC. Pegi kedai Sony, Petrosains, kedai buku, etc. Sambil2 tu, Paly tengok jugak orang2 kat situ. Ramai jugak pelancong asing kat situ. Itu yang lain sikit berbanding kat Perak. Haha! Memang la kan? Macam langit ngan bumi. Lepas puas tengok cerita Titanic 3D, kami terus pulang ke rumah melalui transport yang sama. Sampai kat rumah dalam pukul 10 gitu. Haha! Balik2 terus solat dan tido.

Bila Bali cuci kereta..
Esoknya hari Ahad, plan pagi nak pegi joging. Tapi, Bali dah malas. Haha! Tak pe la~ Lagipun, Paly pun tak berapa rajin gak. Hehe~ So, sementara nak tunggu petang tu, hehe~ Dah start teruja dah! Paly ngan Bali main game PS2 dalam setengah jam macam tu. Kendian, Paly tawarkan diri nak tolong mak Bali cuci kereta bersama Bali. Sekurang2nya, Paly dapat tau macam mana nak cuci kereta. Hehe~ Kat umah Paly jarang ada kereta. Ayah Paly jarang balik rumah. Sekejap je dia balik. So, tak sempat nak offer. Hehe~
Pastu, Paly bersiap sedia nak bertolak ke Menara TM. Kata Bali, boleh naik Putra turun kat station Kerinchi. Paly berangkat awal sebab Paly mana tau lokasi Menara TM lepas turun kat Kerinchi. Bali tak dapat ikut sebab ada sedikit masalah peribadi. So, terpaksalah Paly pegi sorang. Agak risau gak sebab Paly nie jarang datang KL. KL nie memang bahaya! Ramai yang cakap macam tu. Bali hanya hantar Paly kat station Setiawangsa. Pukul 3 petang, baru sebuah Putra lalu. Kendian, dalam setengah jam, baru sampai Kerinchi.

Menara TM
Paly terus bertanya guard kat situ. Rupa2nya, dekat je menara TM ngan station Putra tu! Nasib baik la~ Paly ade gak tengok peta yang ada kat situ sebelum Paly tanya guard tu. Hmm, Paly tengok banyak sangat nama sampai pening nak tengok. So, Paly tanya la guard tu. Haa! Part nie yang tak best. Kene plak cari lobi dia. Punya lah Paly jalan keliling Menara TM yang berbentuk macam rebung tu. Nasib baik pakai baju lengan panjang! Kalau tak, pakai handsock hitam semulajadi laa Paly~ Haha! OK! Lepas Bali tanya Ameer pasal direction kat Menara TM tu, jumpa sudah lobia dia.

Lobi Menara RTM; sementara nk tunggu van
Paly tunggu la, Kakak Nora yang ada text Paly pasal transport ke sana. Dia yang handle yang winners nie. Dari pukul 3.30 petang sampai 5 petang, baru kakak tu sampai. Tapi, transport dia tak sampai lagi. Pastu setengah jam tunggu van tu. Paly sempat berkenalan dengan Abg Amal, Kakak Izzah ngan sorang kawan Abg Amal yang jadi photographer. Kata Kak Nora, ada 5 winners yang akan naik transport nie. Tapi, hanya Paly sorang je yang ada. So, Paly sorang je la yang pegi bersama2 ngan abg2 ngan kakak2 tadi naik van tu.

Perjalanan ke RTM Senawang tu membuatkan hati Paly terasa lebih gemuruh! Haha! Ye la~ Nak jumpa ramai artis nanti. Bukan senang tau! Paly syukur sangat dapat peluang yang Allah bagi kat Paly nie. Alhamdulillah~ Kami pegi Giant kat Senawang dulu sebab nak cari kasut untuk Paly. Paly tak de kasut sneaker. So, Paly pakai sandle je~ Terasa malu plak! Terpaksa susahkan Kak Nora ngan Abg Amal pegi shopping. Korang tau, Paly rasa time shopping tu merupakan shopping yang paling pantas! Haha! We’re in rush! Pap! Pap! Pap! Dah siap!

Abg Amal.. yang bertudung nie Kak Nora
Seterusnya, ke destinasi sebenarnya, RTM Senawang!! Haha! Sekali lagi perasaan teruja tu datang menerjah! Second time ke situ. Sebelum nie, Paly ada masuk Pertandingan Awal Wind Orchestra tahun 2010. Persembahan ada buat kat RTM tu la! Hehe~ Rindu plak rasanya waktu tu. OK! Orang yang pertama kali Paly mula kenal ialah Abg Suhaili, Pali tak tau eja nama dia. Hehe~ Abg Li (nama famous! Waaah~ Haha!) nie memang famous pun. Ramai orang yang kenal ngan dia. Dia baik dan ada sense of humour. Haha!

Bersama Bil Azali
First thing Paly kene buat ialah make-up! Waahh! First time kene make-up! Dah macam artis~ So, kami terus ke ke belakang stage untuk dimake-up. First artis Pilih Kasih yang Paly jumpa ialah Reen Rahim. Pergh! Baru sorang jumpa! Rasanya kat bilik make-up nanti musti ramai lagi! Huuu~ Berdebor2 hati nie! Kendian, ada la jumpa artis2 Pilih Kasih musim lalu yang lain macam Afiq Meadin, Bil Azali, Jay Iswazir, etc. Then, masuk bilik make-up. Terbeliak mata Paly! Tapi dalam hati la~ Hehe~ Heri Aszmo, Fareth Agang, Hakim Yazid, Theera Alias, dan MARINA JOZE! I’m her fans sebab Paly tengok memang dia berbakat! Paly terus speechless bila tengok diorang sume. Sebelum nie, selalu tengok kat TV2 je~ Kini! LIVE!! AAaAaAAAa~ Terasa macam nak menjerit je kat situ.



Bersama Heri Aszmo
Paly dapat bergambar dengan Heri. Terbaikk! Kendian, Paly diberi baju Pilih Kasih untuk dipakai. Lepas tukar baju, make-up. Gambar Paly diambil sebelum dan selepas. Haha! Nak buat perbandingan gitu. Best kot bila Paly dimake-up. Dapat merasa jadi macam artis gitu~ Haha! Ternyata, memang berbeza giler wajah Paly time tu. Pastu, Abg Li ada menyampuk nak pakai wig (rambut palsu), tak? Hish! Haha! Apa la Abg Li nie~  Pastu Paly dibawa ke pintu masuk RTM tu. Nak tunggu Rosyam Nor! Inilah saat2 yang Paly tunggu selama Paly ke sini. Lepas beberapa ketika, Paly tak perasan kehadiran Rosyam Nor; sibuk sembang ngan mak. Bila Paly tengok Rosyam Nor, terasa hati  nie luluh! Terasa lemah plak lutut nie~ Rosyam Nor di depan mata kepala Paly! Pastu dapat plak bersalaman ngan dia time nak bagi hadiah kepada winners! Lagi girang la Paly! Haha! Memang saat tu takkan Paly lupa. Paly pun ada jumpa ngan winners yang lain kat situ.
Make-up

Bersama idolaku, Rosyam Nor!
Untung dapat duduk sebelah Erra Fazira~ Gugup kot!
Kendian, boleh la mula masuk dewan. Paly diberi tempat duduk sebelah Erra Fazira! Aaaaa!!! Sonoknye~ Haha! Jangan jeles, ye korang sume~ Memang dekat giler~ Pastu, sorang2 artis Paly jumpa. Contoh la Paly bagi, Umie Aida, Ibu Fauziah Nawi, Dr. Abu Hassan, Erma Fatima, Hamzah Tahir, Reza, Muaz Muhamed, Iesya Toh, Fizz Fairuz, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah, Qi, etc. Ramai lagi lah!

Baru Paly dapat merasa macam mana rancangan siaran langsung berlangsung~ Haha! Untuk pengetahuan korang semua, semua slot diarah oleh seorang abang tu. Dia yang suruh orang bersorak, timing, etc. Time break, masing2 buat kerje sendiri. Ada yang pergi tandas. Rosyam Nor plak pegi jumpa ngan org2 dia. Ada benda yang dibincang. Paly pon ada gak terdengar sikit perbualan antara Rosyam Nor ngan penasihat2nya tu tapi tak jelas. Biarlah~ bukan urusan Paly pon. Paly duduk situ hanya untuk melihat performance artis2 Pilih Kasih. Tambah plak, malam nie final. Memang special sungguh! Haha!
Liyana Jasmay - Cinta Bersatu
Korang mesti ada tengok muka Paly kan? Hehe~ Nampak macho tak? Segak ke? Yang penting, nampak macam artis tak? Haha! Sekali sekala~ mana tau kot kalau ada rezeki Paly nak jadi pelakon suatu hari nanti ke, ade gak experience. Hehe~ Sekali lagi, jangan jeles ye~ lol. Banyak kali jugak muka Paly keluar kan? Tiap kali Dr. Abu Hassan ngan Ibu Fauziah Nawi komen artis2 Pilih Kasih tu, adalah terselit muka Paly~ Haha! Segan la plak~ Kompom korang ckap Paly nie carpub (CARi PUBlisiti) punye~ Nak buat camne dah camera roll kene muka Paly, apa boleh buat?! Control macho la~ Haha! Tak pe la gak. At least, nanti satu Malaysia kenal Paly. Haha! Tak de la~

Finalist Pilih Kasih 3
Part yang best bila Reza cakap nama Paly. Pergh! Agak segan di situ. Haha! Bangga mak Paly bila tengok Paly masuk TV. Sebelum nie, Paly tengok Pilih Kasih ngan mak Paly laa~ Last2, mak Paly sendiri tengok wajah anaknya ni masuk TV secara LIVE! Huhu~ Terharunye~ T_T







Berikut pemenang Pilih Kasih Musim Ke3 :
Pelakon Pilihan TM : Sura Sojangi

Tempat Ketiga : Marina Joze

Tempat Kedua : Hakim Yazid
Tempat Pertama : Reen Rahim
Sesudah habis, Paly pergi makan supper bersama2 dengan Abg Amal, Kak Izzah, Abg Li, Puan Aida dan kwn Abg Amal. Hehe~ Time makan2 tu, kami ada sembang2 sikit. Abg Li ada tanya pasal result SPM Paly. Paly cakap la dapat 10A. Pastu diorang terkejut! Haha! Diorang congrate Paly. Puan Aida ada tanya ada apply mana2 scholarship. Paly cakap tak apply mana2 pun lagi. Dia cakap boleh apply TM punya. Kendian, dia bagi emel kat Paly kalau ada nak apply scholarship TM boleh contact dia.
Yang Paly tak tahan gelak tu, bila Abg Li buat lawak dgn geng laki Pilih Kasih 2, Jay Iswazir and the geng. Haha! “Haa! Tengok nie la dia anak jiran sebelah Abg Li yang dapat 10A!” Korang ada tengok kan iklan tu. Yang Ramli pegi MU tu~ Bapak Ramli tu ada cakap “Anak jiran sebelah tu dapat 9A!” Kiranya macam sambungan iklan tu laa~ Haha! Lawok2~ XD

Kemudian, Paly berangkat ke van untuk pulang ke rumah Bali. Waktu tu dalam pukul 12 tengah malam. Abg yang bawak van tu tolong hantar Paly terus ke rumah Bali. Paly ingat boleh turun kat station Setiwangsa je~ tapi, abg tu cakap KL nie bahaya! Macam2 boleh jadi. Tambah plak kalau tak kenal sesiapa kat sini. So, Paly bagi alamat rumah Bali kat abg tu. Alhamdulillah~ sampai jugak. Cuma nak gerak Bali je~ Paly tau Bali nie memang tido mati. Nak call dia, phone dia dalam Silent Mode. Banyak kali miss call. Haha! Nasib baik dia angkat. Kalau tak, tido la Paly kat luar tu. Hehe~

Esok plak! Hari Isnin. Pagi nie, Bali and I makan kat kedai mamak. Pastu, pegi beli tiket balik Gerik untuk pagi Selasa. Pukul 2 petang Bali ada practice JPJ kereta. Paly ikut sekali. Nak bagi semangat! Haha! Lebih kurang la~ Lepas tu, kami bersiap sedia nak pegi Times Square ; beli barang skit. Kejap je~ Dalam pukul 6 lebih baru balik. Malam tu, Paly pack barang2 sume sebab esoknya nak balik dah~ Malam tu, Paly ngan Bali sembang2 kejap sementara nak tunggu perasaan kantuk datang menerjah! Cee~ ayat dah macam Dr. Abu la plak! Haha!

Pulang sudaahh~
Hari Selasa, hari nie laa! Paly pergi ke Jalan Duta dengan teksi. Huhu~ tengok wajah Bali pun dah nak mula rasa rindu balik. Haha! OK. Sampai sini saja laa cerita Paly pasal Pentas Pilih Kasih Musim Ketiga nie. Harap2 ada Pilih Kasih musim yang seterusnya sebab giliran Paly pulak yang beraksi di pentas! Haha! Amin~ Sama2 kita doakan agar Rosyam Nor teruskan program Pilih Kasih nie. Hehe~

Haa~ ramai antara korang yang tertanya2 macam mana Paly boleh masuk TV nie, kan? Sebab lepas Paly sampai rumah. Bukak Facebook; Pergh! Ramai geng2 Paly yang promote gambar2 Paly time Pilih Kasih hari tu dari page EveryoneConnects.net. Sampaikan ramai yang dah mula jadi fans Paly. Hehe~ Sebelum nie pun dah ada beberapa orang. Haha!

Inilah peraduan dia~ Klik utk lebih lanjut.
OK! Sebenarnya sebelum ni, Paly ada masuk peraduan Pilih Kasih kat laman web EveryoneConnects.net tu. Asalnya, Paly saje2 je nak masuk. Tak terlintas di hati pun berharap dapat hadiah hot seat time Pentas Pilih Kasih masa Paly masuk peraduan tu. Tup2! Hari Rabu tu dapat call dari amoi tu. Haha! Memang sonok giler la~ Allah tu Maha Pemurah. Kadang2 apa yang kita memang nak sangat, Allah beri kepada kita. Jangan sesekali lupa untuk bersyukur kepadaNya. Allah nak bagi peluang kepada Paly macam mana rasanya dapat lihat sesuatu dari maya ke realiti. Macam dapat tengok hantu. Tak ramai yang dapat tengok, kan?

Hmm, cukup sudah post Paly kali nie. Hakikatnya, banyak bende lagi yang Paly boleh cerita. Cuma mungkin ramai antara korang dah bosan baca post Paly yang berjelar2 nie. Hehe~ Akhir kata, terima kasih sebab sudi luangkan masa korang baca post istimewa daripada Paly nie selama.. berapa minit?? Haha! Sekian.

p/s : Kalau ada soalan lain ke, boleh komen di bawah ye~ hehe~ teringin plak nak dapat offer blakon. Haha!





Share |

Monday, May 21, 2012

Nostalgia #7 : Zaman Tudung Senget

zaman tu fasa aku membesar. membesar di sekolah kampung. ye sekolah kampung. sekolah yang blok bangunannya paling tinggi pun 2 tingkat. blok pentadbiran yang terletaknya pejabat guru besar,GPK dan bilik guru. kelas 2 cuma,cerdas dan cerdik.

zaman di mana aku menggunakan kertas recycle yang kalau simpan agak lama akan bertukar kekuningan.* cis mencik tau,susah nak padam.* zaman kegemilangan di mana setiap peperiksaan aku mendapat top 3. fuhh gemilang terbilang sungguh aku pada masa itu. zaman membodek cikgu,zaman main tarik kerusi kawan bila kawan nak duduk. okay tu aku yang terkena masa darjah 2,bedebah punya classmate.--"

aku takde driver yang tolong hantar jemputkan ke sekolah. ayah lah yang setia menghantar ku ke sekolah setiap hari. bila masa hujan,aku masih setia bersama motosikal KRIS ayah. pernah jugak mengadu kenapa taknak naik kereta. jwapan ayah cukup mudah,sesak. aku akur untuk berlindung di bawah baju hujan ayah. kadang2 rasa malu dengan kawan,tapi bila dikenang ahhh seronak pulak rasanya.

zaman sekolah masa tu yang masih menggunakan loceng manual. setiap 30 minit,kena pergi bunyikan. bukan macam sekarang,semua automatik. masa darjah 4,kelas aku sebelah pejabat. jadi aku diamanahkan untuk membunyikan loceng. seronok kut bila buat benda2 tu. kena bunyikan guna tangan,rasa macam kat KTM dolu dolu pun ade. hai rindunyalah masa tu.

zaman bila bertepuk tampar dengan boys pun takde masalah. kihkih gatai haa. ^^v  dulu bila tudung senget,keluar jambul pun takde masalah. apa ada hal. stylo gila bila terkenang zaman rock aku dulu.
tapi aku suka sekolah aku. walaupun kekurangan kemudahan,terperuk tapi aku suka. sekolah yang tak tercemar oleh debu debu asap. sekolah yang tidak diganggu bunyi hon sana sini.
masa tu,pagi pagi ada kabus. kalah genting highland youuu. sekolah yang diantara blok akademik dengan blok makmal ada batu batu besar yang jadi tempat bertenggek geng aku masa rehat. sekolah yang dipenuhi rumput segar bugar.

zaman yang kena beratur masa assembly wajib "angkat,jatuh,angkat jatuh *tangan atas bahu kawan depan* " aaa paham tak ? tgk video ni. lebih kurang la. hihi










zaman yang nasi lemak harga 60 sen dah air secawan 40 sen. cukup singgit aku belanja sehari. jimat kann.
masa tu zaman makan aiskrem mesia buatan makcik belakang sekolah. bila ada duit lebih,berjoli beli aiskrem 20 sen tu. milo,anggur,asam boi,you name it. kalah cornetto. masa tu lah.

zaman prefect jaga kelas tulis nama kat blackboard. buat garisan tgah2,kiri L,kanan P. sape bising tulis nama. dah diam padam. haha kanak kanak nya lah masa tu. zaman aku rajin pinjam buku kat perpustakaan bergerak. setiap selasa lepak kat dlm gerabak buku tu. seminggu sekali je dtg. sekarang taktau la ade lagi ke tak perpustakaan bergerak ni. zaman dapat milo free bila milo buat promotion kat sekolah. beratur panjang2 lepastu amik milo free.masa darjah 6 dajal sikit beratur 2 kali. senior la katakan aiceh. sory adik adik.

banyak lagi lah kalau nak senaraikan. eksperimen sains tengok anak kacang tumbuh,buat kerja kayu,lepak kat seremban beli barang koop,skip kelas practice chess macam2 lagi lah. sekarang budak perampuan yang pakai tudung senget tu dah habis sekolah,dah nak masuk u dah pun. alhamdulillah jadi orang tak jadi setan lagi setakat ni.

sekarang sekolah tu dah upgrade dah. kelas pun dah ada 3. bangunan dah 3,4 tingkat. pra sekolah pun dah ada 3. haii hilang dah kabus tu semua. makan asap lah korang. haha.

paling gua takleh lupa dulu mana main kerusi plastik ni. semua kayu beb. gua ni gatal suka jongket kerusi. bila skru kerusi tu longgar maka secara otometik nya akan ada gap antara kayu tu. bila gua duduk kadang kadang tersepit pehh mau mengalir air mata gua. calar imej gua yang macho ni. pffftt ~

zaman sekolah rendah la bagi aku paling nostalgia. kat kongres 1994 cerita pasal sekolah menengah je setakat ni aku rasa. meh la aku buat zaman sekolah rendah. hihi. lagipun rasanya zaman aku kat sbp tu lebih kurang sama je dengan sbp lain naik tangki,fly,lepak sick bay and so on. so thats it.

main entrance mne ade cmni dulu. cis



sekian sahaja sahutan bagi panggilan kogres anak 94 ini. 
assalamualaikum dan salam satu mesia !









Share |

Aizan Fahri, from NightlyArt




First post.

Datang ke sini kerana dijemput, aku mari dengan harapan "jadi yang berguna, tapi jangan sampai dipergunakan". Terima kasih kepada kawan-kawan baru admin Kongres 1994 yang tidak lagi sempat aku kenal secara dekat.

Admins lain mohon aku buat entri perkenalkan diri di sini. Sebagai menghormati pelawaan mereka, aku pun ingin sekali memperkenalkan diri secara ringkas di dalam 'tapak tempat tulis' baru ni.

Lahir pada 30 Zulkaedah 1414, atau dalam masihi pada 11 Mei 1994. Awal 2012, aku menulis untuk NightlyArt (pada masa itu menggunakan alamat Nightly.Dylandy.Net, sekarang ni NightlyArt.com). Sebelum ini, aku juga seorang blogger bermula secara serius pada tahun 2009 dengan domain Aerionz.net dan bertukar kepada MySenpai.com dan kemudian bertukar lagi sekali kepada Dylandy.net pada 2010.

... sejarah ringkas tentang minat blogging.

Asal dari Terengganu, bekas pelajar bagi SMKA Sheikh Abdul Malek. Tidak ada banyak perkara yang aku mahu cerita tentang status pendidikan, cuma orang kebanyakan yang biasa-biasa shaja. Biasa sangat.

.... ideas

Aku suka menulis tentang idea dan apa aku fikir. Sepanjang berada di NightlyArt, aku sentiasa berusaha untuk tulis tentang idea-idea untuk improve lifestyle. Terbaru, aku menulis di NightlyArt tentang 'College - Tech Readiness' dan sebelum itu aku menulis berkenaan 'EST - The Art of Study Group'.

Rasional? Bila mati nanti dan ada orang jumpa blog aku dan dapat inspirasi, tak ke dapat pahala jariah tuh. Erm, ini aku punya point of view je lah. Aku tidak menyatakan bahawa "tidak guna hang blogging sekadar buat entri personal". Aku cuma menyatakan pendapat aku tanpa mengurangi atau merendahkan pendapat yang lain. Peace.

Hope, and future

Aku cuma mahu teruskan membaca, membina perpustakaan sendiri, menghasilkan buku-buku sendiri, membangunkan syarikat konsultansi sendiri, mempunyai hidup yang teratur, anak isteri gembira, mempunyai jaringan kerja yang bagus serta hidup dalam masyarakat sedar.

Erk, slogan hidup?

Simple sahaja... Logic, Accurate, Structured, Precise, Concise. Itu je.

Sekian. Harap-harap pada masa depan kita sama-sama bantu-membantu antara satu sama lain. Sekian, terima kasih !

Twitter - @ak4allz

p/s : By the way, aku rasa kulit aku macam putih semacam je dalam gambar di atas.





Share |

Saturday, May 19, 2012

Nostalgia #6 - Borak Kedai Makan.

Assalamualaikum,
Ahh...... Ketika menghirup teh'o limau aku tadi, teringat aku kepada hari tersebut, hari rasmi aku menghabiskan zaman persekolahan aku, 30/11/2011. Walaupun aku berada di kedai makan yang berbeza, minum air yang bebeza, makan makanan yang berbeza, tapi secara tidak sengaja, memori tersebut meluru ke kepala otak aku ini.

Sebagai seorang pelajar aliran sains yang hanya mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran tambahan untuk SPM, aku berada di detik terakhir sebagai pelajar SMK Subang Jaya. Ketika itu, aku bersama 5 sahabatku di restoran Mak Nik di SS14. Bila difikirkan balik, pelik juga, sebab selain daripada Omarul dan Yazid, tiada lagi yang aku rapat di meja itu.

Kami berada di situ untuk menjamu makan tengahhari sementara menunggu kertas 3 biology bermula. Masih ingat lagi perkara yang keluar daripada mulut Irfan, yang menyebabkan aku memikir sejenak, menyebabkan nasi berlaukkan ikan keli aku ditinggalkan buat sementara waktu, "Korang tak perasan ke, dalam masa beberapa jam lagi, kita dah bergelar bekas pelajar?" Pada masa itu, fikiranku hanya terbayangkan segala detik persekolahanku  di sekolah yang biasa-biasa itu.



Ah, ketika aku di tingkatan 1, aku merupakan seorang pelajar yang pendek. Berada di kelas yang pertama, aku dikelilingi pelajar-pelajar terhormat, sedikit tersisih, tetapi aku tidak berapa kisahkannya. Apabila mendengar pengumuman akan sesi temuduga pemilihan pengawas pusat sumber, aku dengan pantas turun dan terserempak dengan rakan baikku di sekolah rendah dahulu, Mirul. Ya, ketika itu, fikiran kami seperti bercantum. Tahun itu, aku juga mendapat seorang peminat rahsia, yang sampai ke hari ini, masih tidak terjawab akan idetitinya.

Tahun ke-dua di sekolah itu, tidak ada impak sangat didalam hidupku. Ingatan yang menyinar didalam ingatanku hanyalah ketika kem perdana, kem yang diadakan untuk menggalakkan sifat membaca dikalangan pelajar. Ya, pada malam itu sungguh indah bagiku. Peserta kem seperti telah bersatu hati ketika menyanyikan lagi "I believe I can fly". Suasana ketika itu sungguh menenangkan.

Muncul tahun PMR pula, tahun yang pada pandangan aku tahun yang paling menyeronokkan bagi aku. Hairan, bagaimana aku boleh melabelkan sedemikian, sedangkan aku tidak mempunyai banyak memori tentangnya. Tetapi walaupun begitu, aku masih menyukai tahun ini. Bagiku, tanpa tahun ini, hidupku seperti tidak lengkap.

2010. Tahun yang hebat, penuh dengan suka dan duka. Kelasku pada tahun ini huru-hara, ya huru-hara. Tapi bukannya huru-hara apa, maksudku, huru-hara yang gempak. Kelas yang paling 'united'. Kalau hendak buat dajjal, yang satu kelas akan turut serta, tapi anda cari pasal dengan seorang saja daripada kami, anda cari pasal dengan semua ahlinya. Tahun ini jugalah aku mengalami fasa "cinta monyet". Tapi semuanya sudah ditinggalkan.

Akhir sekali, ketika muncul la era peperangan dengan satu peperiksaan yang mengusutkan kepalaku, SPM. Pada tahun itu, aku berjuang habis-habisan untuk SPM. Tapi kelasku merupakan kelas yang paling teruk. Nak kata pelajarnya bermasalah, kelas tu mengandungi antara pelajar terhebat di sekolah itu. Ya, aku sangat berdendam dengan kelas tersebut, aku hampir gila disebabkannya. Aku sentiasa tersenyum, tetapi hatiku sentiasa panas membara.

"Eh, jom, dah nak start ni paper bio," Lamunan ku terhenti ketika Omarul mengucapkan kata-kata tersebut. Aku mengambil hirupan teh ais ku yang terakhir. Akhirnya..... Aku 'BEBAS'.........







Share |

Nostalgia #5 - Lagu wajib hafal.


"Jesnita, anak bezita, tak reti baca, alif ba ta..."





Share |

Tuesday, May 15, 2012

Nostalgia #4-Satu Keputusan, Satu Kelab, Satu Keluarga, Pelbagai Pengalaman

Assalamualaikum semua! Nazran disini dengan semangat baru untuk men-blogging. Tema bulan ini ialah Nostalgia, maka kita akan mengimbau kembali kenangan-kenangan sepanjang zaman persekolahan. So, apakah kenangan terindah bagi mamat blogger seorang ni? Ada banyak, tapi antara termanis ialah semestinya:

Kenangan bersama The Renaissance.


Jap Bro, asal masuk bab sejarah lak ni? Renaissance bagai...
Bro, ini berkaitan dengan sejarah hidup gua sahaja. Tiada orang mati lagi.
So, apa itu The Renaissance?

Kepada masyarakat: Ia merupakan sebuah orchestra sekolah menengah
Kepada pihak sekolah: Ia merupakan sebuah kelab
Kepada sekolah lain: Ia merupakan persaingan
Kepada ahli kelab: Ia merupakan keluarga
Walaupun apa-apa pun pandangan mereka semua, bagi saya The Renaissance merupakan terkenangan terindah.

Semuanya bermula dengan keputusan yang mudah. Gua x reti sukan2 ni, reti pon Catur je. Debate pon ala2 kadar je. Badan uniform tiada lagi so gua keliru. So, tanpa berfikiran panjang, gua memilih Pancaragam.

Tidak boleh dinafikan, keputusan terbaik semasa zaman sekolah dulu.

Sebenarnya, orchestra tak la hebat mana. Dapat bottom masa pertandingan, dicemuh pihak sekolah, budak2 band dianaktirikan. Memang banyak dugaan tapi bila fikirkan balik, hidup memang banyak dugaan. Band mengajar gua untuk menghadapi dugaan yang banyak semasa Form 1 lagi.

So gua pon masuk Band jadi Saxophonist. Pergh, cukup stylo dan rasa macho bila pegang sax tu. Saxophone pertama dapat yang cikai, kene ikat ngan pita PTFE kalo x bocor. Pastu baru la dapat upgrade sikit. Gua suka saxophone, sampai sekarang main. Dulu senior tak ajar sangat, so belajar sendiri la. Maka pada umur mentah 13 tahun, gua dah dididik untuk jadi 'resourceful'. Tak de cara nak buat? Gi cari ar!

Abang Hensem dengan saxophone-nya
Selepas itu, form 2 dah kene ajar budak junior. Argh, tanggungjawab yang besar. Senior lain lari. So terpaksa la ajar budak2 baru. Masa ni la dah mula rapat dengan band. Rasa kekeluargaan itu dah terputik dah.

Selepas itu, masuk tahun 2009 kemudian tahun 2010

BOOM!
Tahun 2010 ialah tahun dimana The Renaissance memutuskan bahawa tahun ini, TheR akan masuk ke Finale Wind Orchestra SBP dan Kluster.
Pergh, susah...Masa itu pon semua orang x pernah dengar pon TheR. Maklumlah, team yang baru je masuk Division Satu.
Tapi, kami tak gentar dan terus berlatih...
Dan berlatih...
Dan berlatih...
Homework ditinggalkan...
Kene marah dengan cikgu...
Exam drop...
Kawan-kawan lain mengejek...
Tapi kami tetap teguh
Dan terus berlatih...

Namun, tragedi terjadi...
Pergaduhan meletus
Antara senior dan junior
Antara lelaki dan perempuan
Antara cikgu dan anak murid
Budak2 band kene gantung sekolah
dan yang paling teruk, Oboist kami terpaksa berpindah sekolah...
Tanpa Oboist, lagu untuk pertandingan tidak dapat dilengkapkan
Itulah tanggungjawab gua, belajar Oboe dalam masa 3 bulan
Kalau ada diantara anda yang bermain alat muzik, 3 bulan itu tidak cukup untuk belajar alat muzik...
Tapi nak buat macammana, redah sahaja.

Bibir gua pecah, berdarah...
Gua hampir pitam time practice sebab push breathing lebih2 sangat
Duit gua melayang sbb nak beli reed oboe
Tak se-macho saxophonist tetapi tetap sleek :D

Tapi, semuanya terbayar apabilar TheR muncul Naib Johan dalam Finale WOC SBP dan Kluster.
Segala susah payah, tangisan, titisan peluh terbayar pada saat itu.
Maka pengajaran besar kepada gua.

Kalau kau nak capai sesuatu, gi buat apa2 sahaja untuk mencapai sesuatu itu. Menangis ke, Emo ke, Mengamuk ke, semua itu tak kira kalau akhirnya kau rasa manisnya kejayaan kau itu.

Pada tahun 2011, gua dilantik sebagai Ketua Muzik TheR, dalam erti kata lain, Conductor TheR
Maka tahun 2011 pon berakhir dengan 1001 kenangan manis dan pahit. (Sebenarnya dah pancit type ni, nak tau lagi, PM ar... :P )

Tapi sebalik kemenangan dan kekalahan ialah satu benda yang lebih bermakna:
-Hubungan yang terjalin
-Pengalaman yang ditimba
-Kemahiran yang dipelajari
-Kesusahan yang dirasai
-Kesenangan yang dihargai

Itulah nostalgia gua ini...sampai sekarang, TheR masih menerusi kegemilangan mereka dan gua selalu mengjenguk budak2 lain semasa practice, untuk mengimbau kembali kenangan2 dulu yang membentuk gua menjadi manusia yang hebat.

Sampai gua tulis parody lagi untuk TheR ni! (promote jap :P )
http://www.fictionpress.com/s/3019084/1/The_Renaissances_Melody

Saya sayang TheR!


So, apakah nostalgia anda?




Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...