Tuesday, July 31, 2012

Study Lama-Lama? Baik Study secara Efektif

Assalamualaikum semua! Nazran kini sudah kembali dengan post-post femes beliau (hehhhh) Pelik? Semestinya! Jarang aku tulis post dalam bahasa ibunda ni. Mungkin salah satu sebabnya ialah bosan asyik cakap English je kat kolej, antara cons jadi minoriti.

So, kebelakangan ni, aku asyik nampak budak-budak 94 merungut pasal study, terutamanya kat Twitterjaya.

"OMG, Physic!"
"Arghhh susahnya chemist..."
"Aku x de masa nak study doe."
"Aku study lama2, tapi x masuk gak."
"Bengang siot! Kenapa aku x paham2?"

Apa masalahnya?
Tak cukup masa?
Tak pe!
Hari ni, aku nak share pasal tips untuk study secara efektif.

Kenapa study secara efektif?
Antara pros nya ialah korang tak perlu masa yang lama.
Sejam dua max untuk setiap hari.
Huh? Tak percaya?
Yup, kalau korang dah master camne nak belajar secara efektif ni, pengalaman study berjam-jam sampai pontianak pon masuk tidur akan jadi nostalgia semata-mata.

Caranya?
Simple

1. Ketahuilah 'Zon' anda
Apa tu zon? Ko merepek apa siot?
Maksod zon yang aku nak cakap ini ialah high point otak korang; jangka masa otak korang berada dalam keadaan optimum dan fresh. Setiap orang ada zon diorg sendiri.
Ada gempak time malam, ada gempak time awal pagi, ada gempak time petang and so on.
So, time universiti ni lah korang nak explore betul-betul dimanakah zon anda.
Study semasa otak korang dalam 'Zon' akan betul2 meningkatkan prestasi anda.
No joke
Cuba try

2. Suasana Kondusif.
Ok. Ini sangat cliche untuk didengari...tapi hakikatnya benar. STUDY DALAM SUASANA YANG KONDUSIF. Cari meja selasa. Off TV. Off laptop. On lampu terang-terang. MP3 kalau mampu dan tidak diganggu oleh muzik tersebut (Jangan tiba2 time study berkaraoke pulak...jikalau begitu, OFF) Muzik yang bagus ialah instrumental yang tenang...jauhi muzik nyanyian. (Personal experience)

3. Sediakan Bahan-bahan
Pastikan semua bahan-bahan study ada atas meja. SEMUA. Sebab apa? Bila korang dah start study, korang tak nak momentum korang hilang sebab gangguan pen tak da dakwat dan sebagainya.

4. Simplify
Tidak, ni bukan soalan Addmath/Pre Cal/ Calculus. Simplify aka permudahkan bahan anda. Ada buku tebal untuk study? Jangan mengharapkan tu sgt. Keluarkan testpad/A4, baca sekali, dan salin HANYA isi-isi penting! Contohnya-


A substance can often be classified as an acid or a base. There are several different theories which explain acid-base behavior. The simplest is Arrhenius theory, which states than an acid is a substance that produces hydronium ions when it is dissolved in water, and a base is one that produces hydroxide ions when dissolved in water. According to Brønsted–Lowry acid-base theory, acids are substances that donate a positive hydrogen ion to another substance in a chemical reaction; by extension, a base is the substance which receives that hydrogen ion.
A third common theory is Lewis acid-base theory, which is based on the formation of new chemical bonds. Lewis theory explains that an acid is a substance which is capable of accepting a pair of electrons from another substance during the process of bond formation, while a base is a substance which can provide a pair of electrons to form a new bond. According to concept as per Lewis, the crucial things being exchanged are charges.[42][unreliable source?] There are several other ways in which a substance may be classified as an acid or a base, as is evident in the history of this concept [43]
extracted from Wikipedia.org

Korang tulis nota:
Arrhenius: Acid- produce hydronium ions when dissolved in water. Base- produce hydroxide
Bronsted-Lowry: Acid- donate positive H ion. Base- receive H ion
Lewis: Acid- accept pair of electrons during bond formation. Base- Provide pair of electrons.

Simple bukan? Selepas tu, fahamkan betul2 sebelum tambahkan details2 untuk kefahaman yang lebih mendalam.

6. Wired in
Amalkan prinsip Wired In semasa study. Setkan masa contohnya 30 minit. Janji kat diri korang sendiri, untuk 30 minit ini, focus gila gila gila gila. Seriously, focus dan terus study. Lepas 30 minit tu berakhir, break jap...pastu rinse and repeat.

Kenapa camtu? Short burst of focus is better than extended period of not being focus (Lack of vocab here)

7. Guna diagram, tables, gambar, komik.
Jangan harap diagram dalam buku. Buat korang punya version. Dengan buat sendiri, otak proses lagi baik dan memori tu melekat.

8. Konsistent
Sejam dua max je pun untuk study. Susah sangat ke? Jangan skip kalau boleh sampai bende ni jadi ritual untuk korang.

9. ??????
Heh????

10. Result gempak
Yey!

So, itu lah teknik2 study yang aku nak share. Aku setuju, tak semua bende semua orang boleh buat. Maka, modify ar teknik2 ni untuk amplify skil korang.

Semoga korang enjoy study!







Share |

Overview : ADFP INTEC



Atas dasar information sharing, maka aku dengan rasa bangganya akan kongsi sedikit sebanyak tentang 'American Degree Foundation Programme' yang sedah aku lalui selama 13 bulan di INTEC. Nama panggilan, ADFP. Di sesetengah tempat, ia dipanggil sebagai ADP.

Brief introduction, untuk students yang mendapat tajaan MARA, kami diberi masa selama 13 bulan untuk mengikuti program ADFP di INTEC ni. Maksudnya, ada yang kena buat selama 2 tahun, ada yang kena buat selama setahun setengah.

CGPA pointer untuk kami berangkat sambung ke US mestilah melepasi 3.00 dan ada dua lagi ujian yang mesti kena ambil. Dua ujian tuh ialah SAT dan juga TOEFL






Share |

Tuesday, July 24, 2012

Thoughts on study


Kalau study tuh, janganlah bersikap kejam terhadap perasaan dan isi hati orang lain. Study dengan berhati-hati supaya orang lain tidak rasa tertekan dek kerana kecerdikan overkill yang kita ada.

Lulz what. Aku tulis apa ni?

To propagate a better understanding, I want you to imagine a scene, a situation where you are now sitting for the Pre Calculus, it is up to you to think either it is a tutorial, or a quiz, and (much worse) an exam.







Share |

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum,

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan!

Sudahkah kita mengucapkan Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan kita peluang untuk merasai kehadiran Ramadan pada tahun ini? Sudahkan kita melahirkan rasa syukur kepada-Nya kerana memberi kita nikmat berpuasa bersama keluarga atau teman tersayang?


InsyaAllah, jom kita sama-sama jadikan Ramadan ini Ramadan yang terbaik sepanjang hidup kita di muka bumi ini. Cara-caranya?

1. Puasa penuh (bagi yang boleh berpuasa penuh)
2. Solat terawih setiap malam
3. Khatamkan al-Quran 30 juzuk
(4 muka surat selepas setiap solat fardhu, insyaAllah dapat khatamkan 30 juzuk sebulan)
4. Jaga hati, pandangan mata, perlakuan dan tutur kata.
5. Kawal amarah dan nafsu kita.
6. Banyakkan ibadah sunat (zikir, sedekah, solat hajat)
7. Bangun Qiamullail.
8. Mencari Lailatul-Qadar bersama-sama.
9. Belajar bersungguh-sungguh, niatkan sebagai ibadah.
10. Imarahkan masjid & surau yang berdekatan.



InsyaAllah, post berkenaan perkara-perkara yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadan berserta pengisian  daripada Al-Quran dan hadis akan ditulis dalam masa beberapa hari lagi. Sambil menunggu post berkenaan, bolehlah lihat video Islamic Event ini, :)

The Race Is On.
Are you going to win?





Share |

Tuesday, July 17, 2012

INTEC : Thoughts on MDS


Orientasi. I, seriously, for one, hate that word damn too much.

First of all, kita berkenalan terlebih dahulu dengan stereotype orientasi di mana-mana institusi dalam Malaysia ini. Jenis-jenis pembosanan membunuh yang biasa berlaku dalam mana-mana program orientasi biasanya terdiri daripada :

1. Bangun awal pagi. I mean, bangun BETUL-BETUL awal pagi.
2. Ceramah yang banyak, dan menggalakkan proses tidur secara berjemaah tanpa imam.
3. Konsisten dengan pergerakan ke sana ke sini dalam kumpulan, dan gerak perlahan.
4. Lelaki, baju kena masukkan dalam seluar, even tracksuit baju sukan.

Empat cukup, kalau nak tambah, sila tambah dalam ruangan komen, atau komen di Facebook sahaja. Komen dan feedback anda sangat-sangatlah digalakkan :)

BUT THAT THINGS ARE NOT GONNA HAPPEN IN INTEC







Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...