Sertai Kami!


Emm, macam mana saya nak sertai komuniti ini? *garu kepala


Rilek dik, rilek. Adik tak perlu garu kepala atau buat muka terpinga-pinga. Caranya mudah, adik hanya perlu ikut 3 langkah di bawah tanpa gagal.

1. Ambil gambar kat atas, buat satu entri bertajuk "Bloglist 1994's."
2. Link ke blog 1994's ini.
3. Tinggalkan link blog & link entri anda di entri ini.



Ok, Apa kebaikan yang saya dapat bila menyertai komuniti ini?


Macam ni dik, adik akan tersenarai dalam satu stand-alone page yang akan kami buat nanti. Nama dan blog adik akan ada dekat situ. Bangga kan? Adik juga akan digelar sebagai 1994's Community Member. Komuniti tahun 1995 pun tak ada buat benda-benda macam ni tahu?


Itu je?


Ada lagi, di samping itu, adik juga akan dapat diskaun bagi setiap pembelian t-shirt kongres 1994's yang akan keluar tidak lama lagi (tak tahu bila)


Emmmm. Best best. Lagi?


Dan juga, kalau pihak 1994's bercadang untuk buat gathering atau majlis makan-makan satu hari nanti, adik akan dijemput sebagai Very Important Person untuk majlis tu. 


Fulamak! Bestnya join komuniti ini.


Ya memang best, abang yakin adik takkan menyesal menyertai komuniti ini kerana adik akan kecapi bermacam kelebihan selepas menyertai komuniti ini.


+++


Jadi tunggu apa lagi? Mari sertai kami dan jadi yang pertama dalam kalangan rakan anda menyertai komuniti ini. Mereka pasti jeles bila dapat tahu anda yang pertama menyertai komuniti ini! Kah kah kah! 


Sekian dari saya, Neil Bohr 1994, Lembaga Pengarah Blog 1994's.








Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...